Keganasan rumah tangga, polis ambil keterangan isteri pelakon yang ditumbuk

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan isteri kepada seorang pelakon dipercayai ditumbuk suaminya dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara tersebut berkata, mangsa berusia 29 tahun itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.



“Kita telah mengambil keterangan mangsa semalam berkaitan kejadian terbabit dan suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat ini.

“Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, mangsa mendakwa dirinya dipukul beberapa kali pada bahagian mata oleh suaminya.

Sehubungan itu, mangsa difahamkan telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur sekitar pukul 6.30 pagi, kelmarin.



Pergelutan dipercayai berlaku apabila mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka di dalam kereta yang berhenti di kawasan R&R sekitar Sungai Buloh.

Mangsa kemudiannya ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka sehingga mangsa cedera di bahagian mata.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker