Banjir landa Johor kali ini terburuk sejak 2006

Banjir landa Johor kali ini terburuk sejak 2006

KOTA TINGGI: Banjir yang melanda Johor ketika ini, disifatkan antara yang terburuk pernah dialami negeri ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan segera RM10 juta diluluskan kepada negeri ini bagi memastikan semua kelengkapan terutama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencukupi, berikutan angka penduduk terjejas semakin meningkat.



Beliau berkata, keadaan banjir di Johor dan beberapa negeri lain semakin buruk berikutan perubahan iklim akibat fenomena global, namun kerajaan perlu bersedia dari sekarang untuk membantu rakyat.

Apatah lagi katanya, mengikut laporan antarabangsa, aktiviti pemanasan global akan menyebabkan kebanyakan pulau kecil yang berada di lautan seluruh dunia, termasuk Laut China Selatan akan berada di bawah paras bawah laut dan dan tenggelam pada 2050.

“Selain itu, punca banjir di Johor yang buruk kali ini disebabkan luruan hujan yang sangat luar biasa. Ia menyebabkan paras sungai utama meningkat mendadak berikutan hujan luar biasa, selain air susulan hujan di Pahang yang mengalir ke sungai negeri ini

“Saya luluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bencana banjir di Johor yang sudah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).



“Saya sudah mengarahkan NADMA membuat pembelian segera, membabitkan selimut, bantal dan tilam berikutan peralatan itu mengalami kekurangan di PPS di sini dan serahkan segera kepada Jawatankuasa Banjir Daerah untuk digunakan mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Terdahulu, Ahmad Zahid diiringi Onn Hafiz turun meninjau keadaan banjir di pusat bandar Kota Tinggi yang semakin buruk di samping meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang.



Keadaan banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsanya dilaporkan terus melonjak kepada 28,099 orang terdiri daripada 7,805 keluarga di 197 PPS , setakat jam 4 petang tadi.

Banjir ketika ini disifatkan paling buruk pernah dihadapi negeri itu selepas 17 tahun menghadapi bencana banjir besar pada 2006, yang mengakibatkan lebih 100,000 penduduk negeri ini terjejas.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, supaya menggerakkan pegawai dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari negeri lain untuk membantu Johor.

Katanya, ia berikutan kekurangan pegawai dan anggota JKM bagi membantu menguruskan bencana banjir di Johor.



“Saya tahu pegawai dan anggota JKM Johor bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di semua PPS dibuka di negeri ini, namun berikutan keadaan banjir di sini yang semakin buruk ia memerlukan bantuan tenaga kerja.

“Oleh itu, saya sudah menghubungi Nancy Shukri bagi memobilasi pergerakan pegawai dan anggota JKM dari negeri lain ke Johor,” katanya. BH

Banjir landa Johor kali ini terburuk sejak 2006

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri



Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker