Teliti dulu sebelum bersuara untuk elak malu – Rafizi

Isu berkaitan royalti minyak yang dibangkitkan pembangkang khususnya PN

Teliti dulu sebelum bersuara untuk elak malu – Rafizi

Ahli-ahli Parlimen pembangkang sepatutnya meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum bersuara bagi mengelak mereka daripada mendapat malu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini kerana negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang menerima 50 peratus daripada peruntukan perbelanjaaan infrastruktur dengan negeri-negeri berkenan adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak dan Perlis.



“Sebab itu sepatutnya ahli Parlimen pembangkang ini baca dulu, teliti, kira dulu sebelum mereka bersuara kerana dia malu bila jadi macam ini.

“Sebab, soalan ini ditanya sebelum saya menggulung (perbahasan di Dewan Rakyat)…kalau saya menggulung memang saya lipatlah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dengan IFP Enegergies Nauvelles of France (IFPEN), di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff yang mengatakan pembangkang tidak sepatutnya meniup sentimen perkauman dalam menyuarakan bantahan mereka terhadap isu royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu.



Menerusi hantaran di Facebook Mohammad Agus berkata, tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang itu boleh mengancam keharmonian hubungan kaum sesama rakyat.

Dalam kes royalti petroleum itu, beliau berkata, pembangkang boleh menggunakan saluran undang-undang dan lain-lain tindakan diplomasi agar sama-sama dapat mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan Malaysia yang stabil, makmur dan bahagia.

Mengulas lanjut Rafizi berkata, jika mahu memainkan isu perkauman berkaitan perkara tersebut ia sudah pasti akan menimbulkan polemik kepada negeri-negeri seperti di Pantai Barat yang rakyatnya lebih banyak membayar cukai.

Katanya, rakyat di negeri-negeri terbabit boleh sahaja menimbulkan persoalan mengenainya mengapa negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang boleh menerima peruntukan lebih banyak.



Persoalan yang timbulkan ketika ini ialah apabila kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pembangkang memohon supaya mereka diberikan wang secara tunai.

“Sebagai kerajaan memberikan wang tunai itu kepada kerajaan-kerajaan negeri sebenarnya lebih kurang bertanggungjawab kerana bila dah dapat wang tunai dia tak ada kepastian akan jadi kepada projek infrasturtur di bawah.

“…yang berlaku sekarang ini ialah peruntukan yang besar sehingga 50 peratus mengatasi semua negeri lain itu diberikan dalam bentuk infrastruktur.

“Tetapi, infrastruktur ini perlu dijalankan dan dilakasanakan oleh agensi Persekutuan kerana mereka yang ada kepakaran dan kebolehan itu,” ujarnya. MG



Teliti dulu sebelum bersuara untuk elak malu – Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker