Twitter lancar dasar terhadap ‘Ucapan Ganas’

WASHINGTON – Twitter pada Selasa mengumumkan bahawa ia melancarkan dasar terhadap ‘Ucapan Keganasan’, lapor Agensi Anadolu.

Dalam ciapan di Twitter, syarikat itu menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat beberapa perubahan pada dasar mengenai kandungan ganas dan bahasa yang serupa.

“Hari ini, kami secara rasmi melancarkan dasar Ucapan Keganasan kami, yang melarang sebarang bentuk ancaman ganas, keinginan untuk mencederakan, mengagungkan keganasan dan hasutan,” menurut ciapan itu.

Syarikat itu memaklumkan bahawa Twitter ialah platform untuk orang ramai meluahkan perasaan mereka, mempelajari tentang isu semasa dan membahaskan isu global.

“Bagaimanapun, perkongsian yang sihat tidak dapat berkembang apabila ucapan ganas digunakan untuk menyampaikan mesej. “Oleh itu, kami mempunyai dasar toleransi sifar terhadap ucapan ganas bagi memastikan keselamatan pengguna dan mencegah tindakan ganas dinormalisasi.

“Twitter menggunakan pendekatan sifar toleransi terhadap ‘Ucapan Keganasan’ dan dalam kebanyakan kes, kami akan menggantung mana-mana akaun yang melanggar dasar ini,” menurut syarikat itu. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker