Pencuri seluar dalam wanita dicekup

Pencuri seluar dalam wanita dicekup

Kegiatan seorang lelaki tempatan menceroboh kawasan perumahan untuk mencuri seluar dalam wanita terbongkar selepas ditangkap pihak polis di kawasan daerah ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan insiden tersebut pada Khamis lalu sekitar pukul 6.44 petang.

Katanya, kejadian tersebut dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki tempatan yang menceroboh perumahan itu dan mencuri seluar dalam wanita.

“Bertindak di atas maklumat, pada hari tersebut pihak polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun di kawasan daerah ini sekitar pukul 8.27 malam.

“Pihak polis turut merampas dua helai seluar dalam wanita untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri

“Suspek akan dibawa ke hadapan majistret esok untuk dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. K Online

Pencuri seluar dalam wanita dicekup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker