Bos Naza minta Mahkamah Syariah tambah hukuman penjara Maria

Bos Naza minta Mahkamah Syariah tambah hukuman penjara Maria

Pengerusi Kumpulan Naza SM Faisal SM Nasimuddin meminta Mahkamah Syariah menambah hukuman penjara tujuh hari terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berhubung kritikannya ke atas hukuman penjara dikenakan kepada bekas isterinya.

Faisal yang memfailkan rayuan balas kepada Mahkamah Syariah berkata, rayuan Maria terhadap hukumannya tidak seharusnya dipertimbangkan kerana “dengan secara terang-terangan tidak menghormati” melalui apa ditunjukkannya kepada badan kehakiman syariah.



Maria didapati bersalah menghina mahkamah kerana kenyataan dibuatnya mengkritik keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada bekas isteri Faisal, Emilia Hanafi, juga atas dakwaan kerana menghina mahkamah.

Faisal dalam rayuannya berkata, tindakan Maria mencabar hukuman penjara tujuh hari yang dikenakan menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai rasa kesal atau menyesal atas tindakannya.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak rayuan Maria sebelum ini kerana didapati tidak menghormati perintah mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang telah mencemarkan imej dan integriti Mahkamah Syariah.

Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada Maria kerana menghina mahkamah berhubung catatan blog pada September 2019 yang mengatakan “Wanita Islam masih didiskriminasi bawah sistem perundangan syariah Malaysia.”



Hantaran itu berhubung keputusan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada Emilia kerana menjadualkan semula tarikh lawatannya untuk anak-anaknya. Maria berkata, hukuman penjara itu adalah satu ketidakadilan yang serius dan “sangat menghina sistem kehakiman”.

Mahkamah Tinggi Syariah berkata, Emilia beberapa kali gagal menyerahkan tiga anaknya berusia lapan hingga 13 tahun walaupun penghakiman persetujuan membenarkan Faisal hak melawat.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Fouzi Mokhtar berkata, huraian Maria mengenai prosiding menghina terhadap Emilia sebagai satu bentuk “diskriminasi” terhadap wanita Islam oleh sistem Mahkamah Syariah adalah palsu, dan dibuat tanpa banyak kajian mengenai prosiding itu.

Beliau berkata, Maria sebagai ahli Parlimen sepatutnya menggunakan sumber yang ada untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai prosiding sebelum mengulas.



Mahkamah Tinggi Syariah menangguhkan hukuman ke atas Maria sementara menunggu rayuan. FMT

Bos Naza minta Mahkamah Syariah tambah hukuman penjara Maria


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker