Isham bidas Azmin tuduh UMNO dalang siasatan, pendakwaan Jana Wibawa

Isham bidas Azmin tuduh UMNO dalang siasatan, pendakwaan Jana Wibawa

Perikatan Nasional (PN) tidak wajar menyalahkan pihak lain dalam kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang dikaitkan dengan gabungan berkenaan.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, berkata Ketua Penerangan PN yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuduh UMNO adalah dalang di sebalik pendakwaan terbabit berdasarkan kenyataannya.

“Semalam Azmin kata kononnya UMNO yang menjadi dalang di belakang penahanan pemimpin-pemimpin PPBM (BERSATU) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini kerana katanya Datuk Seri Zahid (dan saya) telah buat kenyataan bahawa pemimpin PPBM akan jadi kluster mahkamah lebih awal. Kata Azmin lagi, ia kerana sebelum ini saya telah suruh Timbalan Presiden PPBM, Faizal Azumu fokus kepada kes-kes rasuah mereka yang bakal dihadapi.

“Azmin juga persoal kenapa hanya pemimpin PPBM sahaja yang ditahan dan mengapa pemimpin UMNO tidak ditahan walhal projek Jana Wibawa itu diteruskan ketika pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya seperti dilaporkan portal UMNO Online, hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin mendakwa kepemimpinan tertinggi kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menggunakan institusi kerajaan untuk melakukan pendakwaan terpilih kerana hanya pemimpin BERSATU jadi sasaran siasatan dan pendakwaan berhubung projek Jana Wibawa.

Kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, Jana Wibawa diteruskan ketika kerajaan Persekutuan diketuai BN (merujuk Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) selepas Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Isham berkata, Mohamed Azmin sepatutnya mencari hujah yang lebih baik dan bukan memberi kenyataan disifatkannya sebagai ‘kebudak-budakan’.

“Kamu kata kamu sudah lama dalam politik. Takkan ini yang terbaik kamu boleh berhujah untuk bela Muhyiddin?” katanya menambah tindakan PN menyalahkan pihak lain menunjukkan kedangkalan kerana turut menyalahkan pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, laporan polis berhubung projek Jana Wibawa asalnya dibuat oleh sayap BERSATU sendiri dengan asas laporan sama seperti hujah diberikan Mohamed Azmin, iaitu menyalahkan orang lain.

“Jika kamu mencuri dan ada orang boleh mengagak dan kata kamu akan didakwa dan akan masuk penjara kerana mencuri, ia tidak bermakna orang itulah menjadi dalang apabila kamu kena tangkap polis. Ia hanya menunjukkan yang orang itu ada ‘common sense’.

“Jika kamu salahkan orang itu, samalah seperti kamu salahkan polis atau SPRM kerana tangkap kamu dan menjadi ‘dalang’ pendakwaan kamu oleh pendakwa raya di mahkamah. Ini dangkal,” katanya.

Tambah Isham, UMNO tidak wajar dipersalah disebabkan pemimpin parti lain yang didakwa.

Isnin lalu, BN menuntut Muhyiddin dan Mohamed Azmin menarik balik tuduhan yang mengaitkan Presiden UMNO sebagai ‘dalang’ pendakwaan rasuah ke atas bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Perkara itu dinyatakan melalui surat tuntutan dihantar BN melalui peguam gabungan itu selepas menyifatkan kenyataan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Mohamed Azmin selaku Ketua Penerangannya sebagai tuduhan yang melampau. BH

Isham bidas Azmin tuduh UMNO dalang siasatan, pendakwaan Jana Wibawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker