Shahidan sebut perkataan kera dalam parlimen

Shahidan sebut perkataan kera dalam parlimen

Jika semalam perkataan ‘kurang ajar’ dan ‘biadap’ kedengaran digunakan di Dewan Rakyat, hari ini perkataan ‘kera’ pula digunakan.

Sesi petang perbahasan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah sehingga keluar perkataan ‘kera’.



Kekecohan itu berlaku ketika Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengakhiri perbahasannya dengan meluahkan kekesalannya terhadap Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang sebelum itu kerap menganggu ucapannya.

“Saya kesal kepada Hulu Langat yang perangai lebih teruk daripada kera di hutan,” katanya.

Ungkapan terbabit bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati Mohd Sany yang dengan lantang meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mengarah Shahidan supaya menarik balik perkataan terbabit.

Katanya, Shahidan sebagai orang lama tidak seharusnya menunjukkan contoh tidak baik kepada Ahli Parlimen baharu.



“Speaker…guna perkataan kera, sepatutnya orang lama bagi contoh, bagi contoh (yang baik), minta tarik balik perkataan itu, sepatutnya Arau bagi contoh kepada kami yang baharu ini,” katanya.

Dewan bagaimanapun terus menjadi gamat apabila gesaan Mohd Sany itu dicelah Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang bangun meminta Pengarah Mobilisasi AMANAH itu mengubah perangainya terlebih dahulu sebelum kedua-dua Ahli Parlimen terbabit berterusan bertegang urat.

Situasi tegang itu berterusan selama beberapa minit sehingga memaksa Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) merayu kepada Speaker supaya mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Johari membalas permintaan Ahmad Amzad secara sinis dengan mengatakan bahawa rakyat sedang memerhatikan tingkah laku mereka.



“Saya nak lihat berapa orang nak menjerit sebab rakyat sedang tengok, teruskan, teruskan, rakyat sedang tengok,” katanya.

Johari kemudiannya bertanyakan kepada Shahidan sama ada beliau ada mengeluarkan perkataan tidak berparlimen itu.

“Arau, adakah Arau sebut perkataan tidak berparlimen, kalau Arau betul-betul insan Islamik, dia akan bercakap benar, jadi adakah Arau keluarkan perkataan tidak berparlimen?” soalnya.

Shahidan membalas bahawa beliau hanya meminta supaya Mohd Sany tidak berperangai seperti kera di hutan. BH



Shahidan sebut perkataan kera dalam parlimen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah



Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker