Lagi pendakwaan kes rasuah Jana Wibawa esok

Lagi pendakwaan kes rasuah Jana Wibawa esok

Seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok, berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Pendakwaan terhadap individu berkenaan di mahkamah terbabit dibuat kira-kira jam 9 pagi esok.



Pada Selasa lalu, media melaporkan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Turut didakwa, pemimpin BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan Shah Alam, atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan projek sama.

Selain itu, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh, Datuk Teo Wee Cheng, juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, Rabu lalu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa yang bernilai RM12.875 juta sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah membabitkan program Jana Wibawa seperti ‘dirancang’ dan ‘terancang’.



Untuk rekod, Jana Wibawa diperkenalkan kerajaan bawah pentadbiran Muhyiddin bagi mempercepat pelaksanaan projek bertujuan merancakkan ekonomi negara ketika serta pasca pandemik Covid-19, selain meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan supaya lebih berdaya saing, berdaya tahan dan berpotensi.

Sebelum ini, kerajaan dilapor memudahkan kaedah pelaksanaan projek Jana Wibawa secara tender prakelayakan atau rundingan terus supaya impak pelaksanaan segera dapat dirasai oleh ekonomi dan rakyat. BH

Lagi pendakwaan kes rasuah Jana Wibawa esok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya



Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker