E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023

E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023

Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 melalui e-Filing mulai 1 Mac ini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

HASiL dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing atau secara terus ke MyTax; melalui portal https://mytax.hasil.gov.my/ atau aplikasi mudah alih.

Menurut kenyataan berkenaan, bagi ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF (https://taef.hasil.gov.my/).

Kenyataan itu menyebut, pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu melalui MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (portal).

Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2023 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas: Versi Bahasa Malaysia:https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf Versi Bahasa Inggeris: https://www.hasil.gov.my/media/esmb4pd1/rffilingprogramme_2023.pdf. MG

E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker