Dua bekas ADUN dulu lompat tinggalkan UMNO, bakal lari dari Bersatu

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, mengakui beberapa lagi pemimpin Bersatu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan akan bertindak keluar parti itu mengikut jejak langkah Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang.

Difahamkan, dua ADUN yang dijangka mengumumkan keluar dari Bersatu mengikut jejak langkah Mazlan ialah Rosleli Jahari (Johor Lama) dan Alwiyah Talib (Endau).

Menariknya Rosleli dan Alwiyah pada tahun 2018 merupakah ADUN UMNO sebelum membuat keputusan melompat menyertai Bersatu beberapa hari selepas BN tumbang dalam PRU14 pada Me1 2018.



Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin berkata, seperti kes Mazlan, beliau tidak pelik dengan tindakan beberapa pemimpin Bersatu berkenaan menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Bersatu kerana mereka sudah lama tidak terbabit dengan aktiviti parti termasuk membantu dan menyantuni rakyat terkesan akibat Covid-19 dan banjir baru-baru ini.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard menjelaskan, mereka juga sudah lama ‘hilang dari radar’ dan aspirasi Bersatu kerana lebih suka menyendiri dan tidak menghiraukan masalah rakyat.

Chegubard berkata, antara punca utama mereka berbuat demikian adalah kerana tidak mendapat layanan istimewa dan diberikan apa-apa jawatan dalam parti.

“Sebagai contoh kita boleh lihat individu seperti ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang bertindak keluar Bersatu kerana beliau tidak berpuas hati dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) melantik Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor susulan peletakan jawatan Allahyarham Datuk Osman Sapian kerana berasakan dirinya lebih layak.



“Itu menyebabkan, Mazlan merajuk dan enggan menjalankan tugasnya, jadi Bersatu terpaksa mengambil alih tugasnya membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat. Jadi apabila Mazlan umum keluar parti, ia tidak menjejaskan Bersatu Johor,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Premium.

Dalam pada itu, Badrul Hisham mengesahkan terdapat beberapa ‘katak’ politik yang baru melompat ke dalam Bersatu berkemungkinan melompat kerana tidak puas hati kerana diberikan peranan atau jawatan besar dalam parti itu.

Badrul Hisham berkata, sebelum ini mereka bertindak sendiri secara ‘silo’ atau bersendirian tanpa jentera parti sejak sekian lama dan sekarang ada usaha pihak tertentu untuk menarik mereka semula kembali kepada UMNO dengan pelbagai tawaran.

“Bersatu tidak boleh buat apa-apa jika mereka mahu melompat kembali kepada UMNO namun ia tidak menjejaskan persiapan parti menghadapi PRN Johor kerana jentera parti terus bergerak aktif.



“Saya memohon maaf kita tidak boleh melayan kehendak mereka secara peribadi dan jika mereka terpesona dengan pelbagai tawaran dibuat pihak berkenaan mereka dipersilakan keluar, kita tiada masalah dengannya.

“Bagaimanapun, kita tetap mengalu-alukan tindakan mana-mana pemimpin atau penyokong parti lain mahu menyertai Bersatu tanpa mengambil kira layanan peribadi. Tawaran Bersatu ialah marilah kita bersama-sama untuk membina negara yang bersih dan berintegriti tinggi dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menjangkakan SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Johor dalam tempoh antara lima hari hingga seminggu selepas mesyuarat khas berkenaan berlangsung, manakala hari pengundian antara 12 hingga 14 hari kemudiannya.

Dua bekas ADUN dulu lompat tinggalkan UMNO, bakal lari dari Bersatu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker