Tak kena Menu Rahmah di restoren tidak halal – Salahuddin
Menu Kasih Sayang ganti Menu Rahmah di restoran tak halal
Tak kena Menu Rahmah di restoren tidak halal – Salahuddin
Inisiatif makanan mampu milik Menu Rahmah akan diperluaskan ke restoran tidak halal untuk memenuhi keperluan bukan Islam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, menu di restoran tidak halal itu mungkin akan diberi nama Menu Kasih Sayang.
“Jika di restoran tidak halal nanti tak akan kita nak letak Menu Rahmah juga, jadi tak kena la. Persatuan peniaga Cina mahu menawarkan menu ini mencadangkan Menu Kasih Sayang,” katanya ketika menggulung usul Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Salahuddin berkata, pihaknya terbuka untuk mengadakan sesi libat urus dengan mana-mana persatuan Cina lain untuk menawarkan menu makanan mampu milik itu.
Beliau juga menolak persepsi bahawa makanan pada harga RM5 itu tidak berkualiti.
“Pasaraya Mydin sebagai contoh, banyak premis mereka ada Jualan Rahmah, jadi ‘multiply effect’ (kesan berganda) berlaku. Orang datang tak hanya makan menu RM5, tetapi pada masa sama akan membeli barang lain, menyebabkan situasi menang-menang itu berlaku.
“Alhamdulillah dengan Menu Rahmah RM5 sebenarnya adalah sesuatu besar maknanya kepada rakyat. Menu Rahmah itu adalah satu hidangan premium,” katanya.
Salahuddin berkata, menu makanan dengan harga mampu milik bukanlah perkara baharu dan sudah dimulai ketika zaman pentadbiran terdahulu cuma namanya berbeza iaitu ada dipanggil menu bajet, menu 1Malaysia dan sebagainya dimana perkara baik diteruskan. FMT
Tak kena Menu Rahmah di restoren tidak halal – Salahuddin
Baca Artikel Menarik:
- PAS ada banyak duit – Nik Zawawi
- Model bunuh diri kerana pembuli siber
- 5 ADUN Sabah lompat belum tentu selamatkan Gagasan Rakyat
- Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta
- Syed Saddiq bela diri terhadap empat tuduhan jenayah hari ini
- Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta
- Mudah-mudahan kes YB digugurkan macam saya – Shahrir
- Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib
- Polis buru individu menyamar TMJ dapatkan projek
- Masa sedap kau hilang kopiah – Zarina Anjoulie
- Penjawat awam dicekup khalwat dengan janda anak 11
- Dulu lawan, sekarang kawan
- Bung sifatkan Adun UMNO Sabah yang ‘melompat’ macam monyet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan