Pelajar perempuan dirasuk ditemui di atas pokok tinggi

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang pelajar perempuan yang dikatakan dirasuk makhluk halus sehingga membuatkan dia mampu memanjat pokok tinggi, lapor portal berita Viva semalam.

Dalam kejadian di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan, gadis tersebut dilihat berdiri di atas dahan pokok sambil menjerit seperti terkena histeria.

Dia yang memakai baju putih dan bertudung hitam turut dilihat memagang dan memukul kepalanya sendiri.



Beberapa penduduk yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu gadis itu dengan ada yang menghampiri pokok itu manakala yang lain menyuluh cahaya lampu suluh ke arah gadis berkenaan.

Dua orang lelaki turut dilihat memanjat pokok tersebut untuk membantu membawa turun gadis berkenaan sebelum rakaman video dihentikan.

Menurut laman berita Apa Habar, ibu bapa gadis tersebut memberitahu bahawa anaknya sudah tiga kali dirasuk makhluk halus.

Sebelum kejadian terbaharu itu, bapanya sudah mencari mangsa sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), namun gagal menemuinya.



Gadis itu dikatakan sudah kembali kepada keadaan normal pada keesokan harinya dan dibawa pulang oleh keluarganya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker