Shahidan mahu kerajaan larang media lapor berita dari ‘sumber’

Shahidan mahu kerajaan larang media lapor berita dari ‘sumber’

Shahidan Kassim (PN-Arau) mencadangkan kerajaan mengekang media daripada menyiarkan laporan yang memetik sumber tidak didedahkan identitnya.

Bercakap dalam Dewan Rakyat hari ini bekas menteri Umno itu berkata larangan itu wajar bagi mengelakkan sebarang salah lapor daripada media.



Katanya ada wartawan yang memetik kenyataan atau fakta daripada sumber dan laporan mengenainya disiarkan sedangkan fakta diberikan tidak betul.

“Perkataan sumber ini adakah akan dipastikan supaya tak ada pemberitaan sumber tapi mengikut (identiti) sebenarnya?” soal Shahidan.

Menjawab pertanyaan itu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pengamal media perlu mencari titik keseimbangan dalam laporan mereka yang melibatkan sumber tidak didedahkan identitinya.

Menurutnya, ia bagi memastikan sumber yang dipetik itu memberikan fakta yang sahih dan tidak menimbulkan fitnah.



Pada masa sama kata ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi kerajaan menyedari media atau wartawan mempunyai hak tertentu dalam menjalankan tugas masing-masing.

“Kita juga ambil maklum ada kalangan wartawan, mereka ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka tapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Mk

Shahidan mahu kerajaan larang media lapor berita dari ‘sumber’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker