Awesome TV ‘menghadap’ MCMC angkara berita palsu

Awesome TV ‘menghadap’ MCMC angkara berita palsu

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) akan adakan pertemuan dengan Awesome TV hari ini bagi membincangkan siaran kononnya kerajaan bercadang mengurangkan jumlah penjawat awam.

Sesi Pertemuan itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini Fahmi meminta Berita 757, Awesome TV memberi penjelasan mengenai siaran kononnya ada cadangan daripada ‘pemerhati’ untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

Ini kerana katanya kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rancangan atau perbincangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini.

“Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan,” katanya.

Fahmi berkata kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini. BH

Awesome TV ‘menghadap’ MCMC angkara berita palsu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker