Lokman Adam kembali jadi ahli MKT Umno

Lokman Adam kembali jadi ahli MKT Umno

Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno (MKT) malam tadi membatalkan pemecatan Lokman Adam sebagai ahli MKT Umno.

“Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Dato Seri Utama Mohamad Hasan, timbalan presiden Umno yang memaklumkan bahawa MKT Umno malam ini (tadi) telah membatalkan pemecatan saya.

“Kini saya kembali sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Terima kasih presiden, timbalan presiden, ahli MKT dan semua yang mendoakan saya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Lokman berkata dengan pembatalan pemecatan itu, haknya untuk bertanding dalam pemilihan Umno juga telah dikembalikan.

Lokman, yang pernah menjadi penyokong kuat bekas perdana menteri Najib Razak dipecat daripada Umno pada 7 Feb 2020.

Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan dengan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk meyakinkan pemimpin parti itu agar bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Lokman mendakwa dia dipecat semasa mesyuarat MKT melalui “proses mengundi angkat tangan”.

Bagaimanapun pada Sept 2021, Lokman kembali diterima menjadi ahli biasa Umno.

Untuk rekod, Lokman pernah bersama PKR dan menjadi penyokong kuat gerakan reformasi yang dipelopori oleh presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Dia kemudian keluar PKR untuk menyertai semula Umno dan menjadi pengkritik tegar Anwar.

Selepas pilihan raya umum lalu, Pakatan Harapan bersama BN dan beberapa parti lain membentuk Kerajaan Perpaduan.

Anwar kini merupakan perdana menteri ke-10, manakala Zahid dilantik sebagai timbalannya. Mk

Lokman Adam kembali jadi ahli MKT Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker