Hotel berhantu di Melaka, suara ‘menyerupai’ anak menggangu kami diluar bilik [VIDEO]

PETALING JAYA – Kerusi bergerak di tengah malam, bunyi cakaran pada dinding, dan suara panggilan anak di luar bilik hotel antara pengalaman ngeri dialami para pelancong tempatan yang menetap di hotel sekitar negeri Melaka.

Peristiwa yang mengganggu percutian di bandar sejarah itu dikongsikan beberapa pengguna di TikTok bagi menceritakan bagaimana mereka berdepan dengan gangguan entiti di sana.

Seorang pengguna TikTok @meiyalabel melalui hantarannya itu berkata, tempahan bilik hotel yang dilihat mewah dan selesa bertukar menjadi pengalaman paling menyeramkan baginya buat percutian pada bulan Oktober tahun lalu.

“Saya pilih hotel ini untuk memudahkan perjalan ke pusat beli belah, perkara mula jadi seram kira-kira pukul 1.30 pagi hingga 3.30 pagi selepas banyak mendengar bunyi yang pelik.

“Bayangkan pukul 2 pagi dengar bunyi cakaran pada dinding bangunan, ditambah pula bunyi tombol pintu dipusingkan, pukul 6.30 pagi baru saya boleh tidur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @asyikin.along turut berkongsikan pengalaman dirinya mendengar suara anaknya di luar bilik hotel walaupun anaknya sudah tidur.

Katanya, dia bersama suaminya keliru seketika apabila mendapati suara anaknya memanggil nama ibunya di luar bilik hotel pada 2 pagi.

“Anak saya ketika itu tidur di bilik hotel bersama adik saya, di sebelah bilik sahaja, saya kemudian bangun untuk lihat sama ada betul anak saya ada di luar pintu bilik.

@meiyalabel

I baru lepas balik dari melaka semalam 18/10/22 . Nak share pengalaman seram chck in dkt hotel ni . Pilih sebb hotel nampal mewah & selesa . Lagi best sebb boleh jaln kaki pergi mall . Part seram bila jam 1.30 pagi – 3.30 pagi . Strt dh terdengar mcm2 bunyi pelik2 . Bayangkan jam pukul 2 pagi dgr like bunyi cakaran dekat dinding . Jam 3 pagi mcm ad org buka tombol pintu . Sepanjang masa i x blh tidur sebb shaking until jam 6.30 pagi baru boleh tidur . Sumpah serammmm ! #hotelberhantu #viral #fypシ゚viral

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

“Apabila buka pintu bilik tak nampak pula anak saya di luar, saya kemudian mendapatkan adik saya yang tidur di bilik sebelah, dia memaklumkan anak saya sudah tidur sejak pukul 12 malam lagi.

“Bukan saya sahaja dengan suara anak saya pada pukul 2 pagi itu, suami saya juga dengar, bagi tidak memanjangkan lagi isu ini kami mengambil keputusan untuk jelaskan pada adik saya keesokan harinya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Beberapa pelanggan yang menginap di hotel di negeri ini mendakwa, mereka melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu entiti atau hantu yang mengakibatkan mereka ketakutan kerana tidak tahan diusik.

Di sebalik pengalaman mendebarkan itu, mereka bernasib baik apabila wang pendahuluan dan kos penginapan yang telah dibayar kepada hotel berkenaan dikembalikan selepas berjaya membuktikan bahawa gangguan itu wujud seperti didakwa

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker