Resepi Terung Bakar Santan, sekali kena nak selalu
Resepi Terung Bakar Santan, sekali kena nak selalu
Penggemar terung wajib cuba resipi terung bakar santan ini. Banyak resepi terung yang anda boleh cuba. Tetapi resepi terung ini salah satu menu yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Terung yang digaul bersama santan akan menghasilkan aroma yang pasti memikat hati anda! Jika suka pedas boleh lebihkan cili.
Biasanya terung sering dimasak dengan sambal atau berlada, tapi apa salahnya kita mencuba sedikit kelainan. Kalau ada yang terliur nak cuba menu yang ringkas dan sedap ini, ikut saja resepi yang telah dikongsikan oleh Kak Ngah Zairihasna di bawah.
Cara Buat Terung Bakar Santan
Bahan-bahan:
Terung
Santan
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Cara-cara:
1. Bakar terung di atas dapur sehingga isinya lembut. Terbalikkan beberapa kali supaya ianya masak sekata.
2. Carik kasar terung yang sudah dibakar tadi. Letakkan dalam bekas dan ketepikan dahulu.
3. Tumbuk kasar belacan, cili, bawang merah dan bawang putih.
4. Kemudian masukkan santan (santan sudah dimasak terlebih dahulu selama 5 minit). Gaul sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam terung bakar tadi. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit: Kak Ngah Zairihasna
Resepi Terung Bakar Santan, sekali kena nak selalu
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo
- Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?
- Mati selepas selamatkan penalti
- Unit Petronas di Luxembourg dirampas lagi
- Ringgit, Bursa terus goyah
- Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama
- Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
- Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan
- Isteri mengandungi saman suami sebar HIV selepas curang
- Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata
- Jangan meroyan Anju, banyak beribadat – Datuk Khazrul
- Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus
- Pathaan pecah panggung, memang puas hati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta
Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga