Restoran Hameediyah perkenal Menu Rahmah bermula Mac ini
Restoran Hameediyah perkenal Menu Rahmah bermula Mac ini
Bayan Lepas: Rangkaian Restoran Hameediyah di sini, menjadi restoran nasi kandar pertama di Pulau Pinang yang menawarkan hidangan Menu Rahmah Mac ini.
Hidangan yang ditawarkan berupa nasi kosong berlaukkan sayuran dan ayam atau daging, termasuk minuman air sirap.
Pengurusnya, Muhammad Salim Ahmad Seeni Pakir, 31, berkata, menu berkenaan sebelum ini biasanya ditawarkan pada harga RM8.50, tidak termasuk minuman.
Katanya, menu berkenaan pada masa ini hanya ditawarkan di restoran cawangannya di Sungai Ara sebelum diperkenalkan di cawangan lain termasuk di Lebuh Chulia pada bulan sama.
“Hidangan ini akan ditawarkan pada jam tertentu setiap hari serta tidak mensasarkan jumlah jualan.
“Harga jualan menu pada harga RM5 itu masih boleh mendatangkan keuntungan dan kami akan sentiasa mengemaskini mengenai tawaran hidangan di laman sosial Facebook Hameediyah Restaurant.
“Kami menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan program Menu Rahmah dan ini adalah usaha kami bagi menyertai saranan kerajaan selain membantu rakyat, ” katanya ditemui di sini, hari ini.
Muhammad Salim ditemui pada pelancaran Menu Rahmah di restoran berkenaan.
Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang S Jegan, Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, A Mogan dan Pengarah Urusan Restoran Hameediyah Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukkor.
Mengulas lanjut, Muhammad Salim berkata, bagi Menu Rahmah, pihaknya akan meneliti semula kaedah jualan itu selama tiga atau empat bulan selepas ia diperkenalkan.
“Tiga atau empat bulan selepas dilancarkan, kaedah jualan Menu Rahmah akan diteliti semula kerana ia bergantung kepada faktor bahan mentah di pasaran,” katanya.
Muhammad Salim berkata demikian ketika mengulas laporan media berkaitan kenyataan Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin, yang memaklumkan program Menu Rahmah tidak akan bertahan lebih tiga bulan jika kos bahan mentah meningkat dan berharap kerajaan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu terbabit.
Sementara itu, Jegan berkata, ketika ini, 19 restoran dan kedai makan di sekitar Pulau Pinang sudah mengambil bahagian dalam program Menu Rahmah yang mana kebanyakannya ialah kedai makan dengan menu lauk campur.
“Kita sudah menghubungi banyak restoran tetapi ada yang di bawah persatuan tertentu dan ia mengambil sedikit masa kepada mereka bagi membuat keputusan.
“Ia bergantung kepada kemampuan pengusaha restoran itu sendiri dan sekiranya ada (restoran) yang mahu mengambil bahagian, boleh hubungi KPDN bagi tindakan selanjutnya,” katanya. HM
Restoran Hameediyah perkenal Menu Rahmah bermula Mac ini
Baca Artikel Menarik:
- Bekas peninju negara dipenjara 5 tahun kerana terlibat dalam kumpulan jenayah AYT 99
- Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
- Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar
- Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar
- Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia
- SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’
- Axia baharu harga bermula RM38,600
- Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP
- Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz
- Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN
- Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis
- Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair
- Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]
Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang
You must be logged in to post a comment.