Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
Rafizi Ramli (PH-Pandan) akan mengusulkan supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) kerana didakwa membuat kenyataan yang mengelirukan.
Menteri Ekonomi itu berkata Wan Ahmad Fayhsal mendakwa manifesto PH baru-baru ini ada menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Mengikut peraturan 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan adalah disifatkan menghina majlis, dan ahli tu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
“YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ni (ada janji) menghapuskan PTPTN.
“Itu satu pembohongan kerana tak ada janji tu dalam manifesto PH baru-baru ini.
“Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh (merujuk) kepada Perkara 36 (12). Saya minta dewan ambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Usul tersebut mendapat keizinan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Noor yang kemudian meminta Rafizi membuat usul tersebut secara bertulis.
Rafizi berkata demikian ketika mencelah sewaktu sesi soalan tambahan padadari Wan Ahmad Fayhsal berhubung usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dan isi rumah B40 dalam pembayaran pinjaman PTPTN.
“Apakah kerajaan ada iltizam politik untuk benar-benar mansuhkan hutang PTPTN ini seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH baru-baru ini?
“Sekarang ni saya pun maklum Pandan (Rafizi) pejuang tegar PTPTN dan Hang Tuah Jaya (Adam Adli Abdul Halim) aktivis yang benar-benar ingin perjuangkan PTPTN untuk anak muda, adakah ada tempoh masa strategi sebenar?” soal Wan Ahmad Fayhsal.
Terdahulu sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, Wan Ahmad Fayhsal meminta Menteri Pendidikan Tinggi Mohamed Khaled Nordin menyatakan bila program pemansuhan hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan B40 akan mula diperkenalkan.
Ketua Pemuda Bersatu itu juga meminta menteri terbabit menyatakan jumlah penerima inisiatif tersebut.
Mohamed Khaled berkata buat masa ini kerajaan belum mempunyai rancangan unutk memansuhkan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan B40.
“Berdasarkan unjuran atau anggaran awal PTPTN, cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isu rumah B40 akan melibatkan seramai 1.84 juta peminjam dengan jumlah pemansuhan pelupusan RM42.34 bilion,” katanya.
Pun begitu Mohamed Khaled berkata kerajaan mempunyai beberapa inisiatif lain bagi meringankan beban pembayaran semula pinjaman itu.
Misalnya pembayaran semula hanya dibuat selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian, dan penangguhan bayaran sekiranya peminjam menyambung pengajian atau masih tidak memperolehi pekerjaan.
“Seperti yang saya katakan tadi, ini melibatkan jumlah begitu besar. Mungkin dalam pilihan raya (ada parti) buat pelbagai janji tapi sekarang kerajaan campuran, dan kita putuskan untuk ambil manifesto perkara-perkara yang sama atau serupa, dan semua parti politik tak tawarkan semua yang sama, yang ada hubung kait dengan PTPTN.
“Kerajaan sedia ada merupakan kerajaan campuran dari pelbagai parti yang pada asalnya mempunyai manifesto yang berbeza sebelum menubuhkan kerajaan.
“Dalam soal ni saya berharap kita menerima hakikat iaitu, yang penting kita bercakap dalam PTPTN ini keupayaan dan kelangsungan,” katanya. Mk
Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
Baca Artikel Menarik:
- Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus
- Kadar cukai jalan ikut kuasa kuda sudah lapuk
- Syafiq, Mimi kahwin lepas raya
- Baru seminggu kahwin, suami maut selepas langgar lubang jalan
- ‘Daddy’ berselisih dengan anak, apa nasib Pejuang?
- Pelajar cedera dipukul pak guard lalok
- Adik tumbuk kakak curang pada suami
- Konti radio jadi talian hayat politik Khairy
- Bapa leka main ‘game’ pukul kepala bayi 6 bulan hingga mati
- AJL37 dikritik, rakaman jurukamera jadi bahan netizen
- Kenyataan ‘Sembah Syaitan’, Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada penganut hindu
- Pelajar serah diri selepas buang makanan dalam sungai
- Anwar tolak cadangan Ramasamy untuk kurangkan Melayu dalam perkhidmatan awam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]