Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART berjaya keluarkan 50 mangsa terperangkap

 

Pasukan SMART ketika mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan di Gaziantep, Turkiye. – IHSAN NADMA

PETALING JAYA – Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya menemui 50 mangsa tragedi gempa bumi di selatan Turkiye yang terperangkap di bawah runtuhan setakat petang tadi (waktu Malaysia).

Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil berkata, angka tersebut membabitkan lima mangsa yang masih hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia.

“Kesemua pasukan masih dalam keadaan yang baik termasuk keadaan moral mereka yang sentiasa komited dan kekal bersemangat dalam melaksanakan misi SAR.

“Kita telah buka dan teruskan lagi misi pencarian melibatkan tiga kawasan dengan menggerakkan lebih kurang 46 anggota untuk ditempatkan di kawasan berkenaan,” katanya menerusi siaran YouTube yang dikongsikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairul memaklumkan misi SAR berjalan lancar berikutan kerjasama baik oleh semua pihak termasuk agensi dari negara luar

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker