Komen perkauman mengenai Melayu dalam Badminton, akhirnya Bong Guang Yik mohon maaf

SHAH ALAM – Bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik memohon maaf susulan kenyataan berbaur perkauman menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Guang Yik berkata, dia berasa terdorong untuk berkongsi pendapatnya mengenai keadaan semasa badminton di Malaysia, namun mengakui melampaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak. Sebab saya berkongsi komen itu adalah kerana saya sangat meminati sukan berkenaan.



“Saya rasa saya bertanggungjawab untuk berusaha dan mempertingkatkan sukan dan industri bagi manfaat semua.

Prestasi Pemain Badminton Negara Teruk Kerana Ramai Orang Melayu – Bekas Pemain

“Sebab itu saya kata semua peringkat pengurusan seharusnya dalam keadaan bagus,” katanya seperti dipetik laporan media tempatan pada Isnin.



Bagaimanapun, Guang Yi menjelaskan dirinya tidak sepatutnya menyentuh isu perkauman.

“Oleh itu, saya memohon maaf sekali lagi,” ujarnya.

Sebelum ini Guan Yik yang kini berada di China mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi akaun TikToknya.

Pada Isnin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara tersebut.



Hannah berkata, hasil semakan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Guan Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

One Comment

  1. Hanis pun dah mintak maaf tetapi tetap kena hukum…seperti mana Hanis disiasat…Hannah Yeoh tak suruh BAM siasat jugak ke?walaupun mangkuk tu di luar negara ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker