Aiman Hakim cuti enam bulan siapkan kerja ubah suai rumah

Pelakon Aiman Hakim Ridza, 35, sanggup mengosongkan jadual seninya selama enam bulan bagi memberi fokus pada proses ubah suai kediaman rumah baharu.

Aiman berkata, dia menolak tawaran berlakon dan projek sempena Aidilfitri selama enam bulan lalu berikutan mahu keluarganya hidup selesa selepas kontraktor yang sepatutnya mengubahsuai kediaman baharu tidak dapat menyempurnakan kerja dengan baik.

“Kami sudah lama tinggal di kediaman ini, tapi barulah berpeluang nak ubahsuai sepenuhnya dan selesai. Alhamdulillah, ini rezeki anak.



“Sebenarnya, mulanya kami memang ada upah kontraktor, tapi tak berapa gembira dengan kerjanya, jadi saya buat sendiri sebab saya ada sedikit ilmu.

“Saya memang tak ambil tawaran berlakon selama enam bulan untuk fokus siapkan kediaman dan akhirnya, hilang tekanan bila lihat rumah sudah siap.

“Sepatutnya saya ada terbabit dengan projek raya, tapi terpaksa tolak semua sebab selagi kediaman tak siap.

“Saya tak tenang sebab keutamaan adalah keluarga. Saya mahu isteri dan anak duduk dalam keadaan selesa, lebih lagi mahu menimang cahaya mata kedua pada Jun depan,” katanya kepada BH Online.



Aiman dan isterinya, Zahirah MacWilson ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini berkata, dia tidak pernah berkongsi mengenai masalah kontraktor yang dihadapi secara terbuka terutama dalam laman sosial.

“Secara peribadi, apa-apa pun dalam kehidupan, semuanya berbalik pada diri sendiri. Kalau ada masalah, media sosial bukanlah jalan terbaik untuk kita luahkan segala-galanya.

“Penghujungnya, apa gol dan kena capai impian. Tiada sebab nak merintih dalam sosial media hingga kerja yang patut dibuat tak jalan.



“Saya sentiasa berpegang pada prinsip ini, apa-apa sahaja sekali pun kena pastikan matlamat tercapai,” katanya.

Tidak menafikan mengalami kerugian berikutan hasil kerja kontraktor itu, Aiman menganggap ia satu pengajaran buatnya.

“Rugi memang tidak boleh dinafikan. Walaupun orang itu tak buat dengan baik, tetap ada juga sumbangan diberikan.

“Kita pun kena belajar terima, silap dan ketidaksempurnaan orang, semua itu sebenarnya bukan untuk dikritik semata-mata, tapi ambil sebagai iktibar.



“Saya belajar daripada apa cara sekalipun. Rugi tak penting. Yang penting, kerja ubah suai kediaman dapat diselesaikan,” ” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker