Terdesak Akibat Ditolak, Lawan BN Sanggup Lakukan Apa Saja Pesong Pengetahuan Rakyat

Terdesak Akibat Ditolak, Lawan BN Sanggup Lakukan Apa Saja Pesong Pengetahuan Rakyat

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan terdesak ditolak majoriti rakyat, lawan Barisan Nasional (BN) melakukan apa sahaja untuk kembali memangsakan fikiran masyarakat.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), mereka menggunakan apa sahaja perkakas dan medium yang masih berbaki pada anasir untuk mengulangi hasutan dan kebencian.

“’Remake’ atau ‘reboot’ propaganda lama dan mengolah naratif baharu bagi memesongkan pengetahuan rakyat terhadap kegagalan mereka.



“Lebih mendukacitakan sekiranya terdapat dalam kalangan kita menjadi duri dalam daging bersubahat melampiaskan muslihat mereka.

“Justeru, segala kebisingan, hiruk-pikuk serta hingar bingar yang dicetuskan mereka perlulah difahami dengan jelas oleh masyarakat akan maksud tersirat,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Tegasnya, sama ada langkah terdesak mereka memperdaya orang ramai sekali lagi itu berkesan atau sebaliknya, penentunya adalah rakyat yang menjadi sasaran.

“Rakyat Malaysia yang pernah ditipu dan dibohongi hidup-hidup oleh mereka pada PRU-14. Persoalan apakah pisang berbuah dua kali masa menentukan.



“Namun mengertilah hakikat ini bahawa kerana pembohongan, fitnah serta janji-janji palsu telah menghancurkan kemakmuran dan kestabilan negara.

Kerajaan BN yang sekian lama menabur budi serta jasa kepada rakyat dan negara ditumbangkan dan natijahnya amat berat lagi memusnahkan.

“Kehidupan ini banyak mengajar selepas tertipu akan berjaga-jaga pada masa akan
datang, justeru berhati-hatilah pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.”

Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan dengan memetik Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Tidak selayaknya seorang Mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (Muttafaq ‘alaih). – UMNO Online



Terdesak Akibat Ditolak, Lawan BN Sanggup Lakukan Apa Saja Pesong Pengetahuan Rakyat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker