BN umum sokong Hajiji, Bung tersingkir dalam rundingan baharu

BN nampaknya meminggirkan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin dalam usaha untuk membaiki hubungan dengan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir mengumumkan bahawa Timbalan Pengerusi BN Sabah Yakub Khan akan menjadi penghubung gabungan itu dalam rundingan dengan kerajaan gabungan negeri.

Zambry juga mengumumkan bahawa BN telah memutuskan untuk menyokong kerajaan campuran Sabah yang diketuai oleh Hajiji.

“Pendirian ini sejajar dengan pendirian parti di peringkat persekutuan yang telah membentuk kerajaan perpaduan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bulan lalu, Bung – yang juga ketua Umno Sabah – menarik balik sokongan BN kepada Hajiji dalam cubaan rampasan kuasa.

Bagaimanapun, usaha itu digagalkan apabila lima Adun Umno Sabah tidak mengikut jejak Bung dan terus menyokong Hajiji sebagai ketua menteri.

Ini menyebabkan Bung dan Yakub kehilangan jawatan mereka dalam kerajaan negeri dalam rombakan kabinet negeri.

Kenyataan Zambry dibuat sehari selepas MCA Sabah berkata ia juga akan terus menyokong Hajiji.

Ketua MCA Sabah Lu Yen Tung juga menjauhkan diri dengan usaha rampasan kuasa bulan lalu.

“Tidak pernah sekalipun MCA Sabah terlibat dalam sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Hajiji,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker