AI cipta model piawaian kecantikan lelaki dan wanita

MODEL piawaian kecantikan untuk lelaki dan wanita di Sepanyol. – Mid Journey

OTTAWA, Kanada –  Sebuah syarikat  teknologi kepintaran buatan (AI) menghasilkan model piawaian kecantikan untuk lelaki dan wanita dari pelbagai negara di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Firma kesihatan dan kecantikan, NordChem melakukan kajian dengan menggunakan aplikasi  AI dinamakan Mid Journey untuk menghasilkan wajah manusia yang cantik.

Data kajian telah diambil dan dikumpulkan dari seluruh laman web untuk mencipta piawaian kecantikan manusia.

Teknologi itu mengambil imej ALT (teks alternatif) yang dijana melalui pengguna, serta tanda pagar dari beberapa sumber seperti Instagram, Facebook dan saluran media lain untuk melakar  imej sepadan dengan penerangan yang diberikan.



Ketika diminta untuk melukis orang paling cantik dari negara berbeza, program itu menawarkan imej untuk lelaki dan wanita dari 14 negara di seluruh dunia.

Antara yang disenarai termasuk Britain, Sepanyol, Amerika Syarikat (AS), Australia, China, Colombia, Mesir, India, Itali, Jepun, Mexico, Filipina, Afrika Selatan dan Syria.

Ia juga menawarkan pilihan dua wajah manusia paling cantik di dunia.

BRITAIN juga tersenarai dalam kajian tersebut. – Mid Journey

Pengurus Pemasaran  NordChem Health & Beauty, Samantha Haines dalam satu kenyataan berkata: “Matlamat projek ini adalah untuk lebih memahami standard kecantikan dan bagaimana pandangan mengenainya berbeza beza di seluruh dunia.



“Sementara itu bagi kami, kecantikan bermakna lebih daripada penampilan, gaya rambut, atau saiz otot seseorang.

“AI ialah alat   luar biasa yang memberi kami gambaran tentang persepsi yang biasa dipegang orang ramai tentang kecantikan dan kesempurnaan di pelbagai negara di seluruh dunia. Kami berharap orang ramai berminat untuk melihat imej-imej  ini,” kata Haines. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker