Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
Anak lelaki kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mempertahankan permohonan maaf yang dibuat bapanya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Menurut Muhammad Rif’aat Razman, permohonan maaf itu dilakukan untuk “menjaga nama baik perdana menteri.”
Katanya, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan ia bukan penyelesaian sebelah pihak.
“Kedua-dua pihak setuju tarik kes masing-masing. Bukan kes sebelah pihak.
“Kalau nak panjang kes, lagi banyak pekung dibuka.
“Sebab Anwar ada kes yang sudah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman. Kedua-dua belah pihak setuju kes ditutup, untuk jaga nama Anwar sebagai PM. Selesai,” katanya yang juga ketua pemuda PAS Lenggong dalam satu komen di Facebook semalam.
Semalam Razman yang juga Adun Gunong Semanggol membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar di Mahkamah Tinggi Ipoh kerana mendakwa perdana menteri itu membawa agenda LGBT ketika kempen pilihan raya umum tahun lepas.
Menurut peguam Anwar, SN Nair, permohonan maaf itu adalah sebahagian daripada perjanjian penyelesaian antara Razman dan anak guamnya.
Permohonan maaf itu dibuat selepas Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengeluarkan surat tuntutan kepada Razman bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta dan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa dia membawa agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.
Razman juga berjanji tidak akan mengulangi dakwaan tersebut pada masa hadapan.
Ketika dihubungi, Nair berkata mereka “sedar” dan sedang memantau komen Muhammad Rif’aat.
Pihaknya juga sedang berhubung dengan peguam Razman mengenai perkara itu, katanya kepada Malaysiakini. Mk
Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Unta mati dibelasah selepas kunyah kepala pemilik
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)