Yonnyboii hilang, padam gambar dalam IG

Yonnyboii hilang, padam gambar dalam IG

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi hip hop dan komposer, Yonnyboii memadam semua gambar dalam akaun Instagram (IG) miliknya.

Tindakan pelantun lagu Sakit itu pantas mencuri tumpuan ramai termasuk meninggalkan persoalan dalam kalangan peminat dan netizen.

Apa tidaknya, Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, yang sebelum ini aktif memuat naik hantaran berbentuk gambar dan video di platform berkenaan kini lenyap begitu sahaja.

Malah, peminat juga tidak lagi berpeluang melihat momen Yonnyboii bersama isteri, Nik Nazira Narriman seperti yang dikongsikan sebelum ini.

Sehingga kini, pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 bagi kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version) itu masih diam membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan apa yang berlaku.

Wakil Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar ketika dihubungi memaklumkan, Yonnyboii mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.

“Insya-Allah, Yonnyboii okay. Doakan dia baik-baik sahaja.

“Buat masa sekarang, beri Yonnyboii masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa, dia akan muncul dan kembali semula,” katanya.

Sebelum ini, Yonnyboii berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama pada hari Awal Muharam.

Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu lahir secara normal di sebuah hospital di Petaling Jaya pada jam 4 pagi.

Kali terakhir Yonnyboii muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama Guccimith mencapai 200,000 tontonan di YouTube. Lagu itu adalah hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy. BH

Yonnyboii hilang, padam gambar dalam IG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker