Sabah catat kes kematian tertinggi COVID-19 semalam

Sabah catat kes kematian tertinggi COVID-19 semalam

KOTA KINABALU: Sabah mencatat 84 kematian akibat COVID-19, semalam, rekod harian tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik COVID-19 merebak ke negeri ini.

Jumlah itu meningkat sebanyak 31 kes berbanding 53 kes yang dilaporkan kelmarin, selain jauh melepasi catatan tertinggi sebelum ini iaitu 55 kes kematian yang direkodkan pada 4 September lalu.



Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata daripada jumlah kematian semalam, daerah Kota Kinabalu mencatat kes terbanyak dengan 18 kes, diikuti Sandakan sebanyak 14 kes.

“Selebihnya, sebanyak 10 kes kematian dilaporkan di Kota Belud, diikuti sembilan kes di Penampang dan tujuh kes di Tawau.

“Selain itu, masing-masing empat kes direkodkan di Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitas, diikuti tiga kes di Tuaran, masing-masing dua kes di Keningau, Putatan, Papar dan Tenom, manakala Semporna, Kunak dan Nabawan masing-masing mencatat satu kes kematian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Secara kumulatif, sehingga kini Sabah mencatat sebanyak 1,674 kes kematian akibat COVID-19 atau mewakili 0.96 peratus daripada keseluruhan kes positif yang direkodkan setakat ini.



Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Sabah mempunyai 30,924 kes aktif COVID-19 atau mewakili 17.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes yang direkodkan di Sabah setakat ini.

Semalam, Sabah merekodkan penurunan sebanyak 446 kes COVID-19 kepada 1,717 kes, berbanding 2,163 kes kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 173,863 kes. BH

Sabah catat kes kematian tertinggi COVID-19 semalam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker