Boleh derma darah selepas 7 hari divaksin

Boleh derma darah selepas 7 hari divaksin

Derma darah 7 hari selepas vaksinasi sekiranya tiada kesan sampingan, kata pusat darah

Pusat Darah Negara (PDN) meminta agar orang ramai menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 jika tiada kesan sampingan.

Menurut PDN dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook semalam, individu yang menghadapi kesan sampingan ringan setelah menerima vaksin, dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala.



PDN memaklumkan penangguhan aktiviti derma darah itu membabitkan individu yang menerima suntikan vaksin antaranya Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.

“PDN sangat menggalakkan penderma darah untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi melindungi diri dan orang lain. Penderma darah masih boleh menderma darah dalam tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin Covid-19,” menurut kenyataan itu.

PDN memaklumkan bahawa maklumat lanjut berkaitan tempoh penangguhan menderma darah bagi pengambilan jenis vaksin Covid-19 lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. FMT

Boleh derma darah selepas 7 hari divaksin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker