Pakaian jururawat wanita semakin seksi?

Pakaian jururawat wanita semakin seksi?

Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa berpakaian ketat dan tidak patuh syariah

Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mendakwa ramai jururawat wanita yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan berpakaian ketat mengikut acuan Barat hingga menampakkan bentuk badan dan tidak selari dengan tuntutan Islam.



Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti semula etika pemakaian jururawat wanita, termasuk mempertimbang keperluan memberi kelonggaran kepada pihak klinik dan hospital menentukan etika berpakaian yang sesuai.

“Kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah.

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan Barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” katanya ketika membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Razali memetik contoh di dua hospital di Kelantan dan Pahang yang mengambil inisiatif memberi pilihan kepada kakitangan wanitanya mengenakan pakaian yang lebih sesuai.



“Contohnya Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

“Tahniah diucapkan kepada kedua-dua hospital yang memberi pilihan etika pakaian lebih baik kepada pekerja,” katanya. BH

Pakaian jururawat wanita semakin seksi?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker