Kesesakan trafik di bandar-bandar utama, Berjasa beri idea bagaimana mahu menyelesaikannya

Sektor ekonomi yang terlalu tertumpu di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama di sekitarnya dikenal pasti sebagai punca utama berlaku kesesakan trafik di negara ini.

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, saban tahun banyak jajaran lebuh raya dan jaringan pengangkutan awam baharu dibina dengan kos berbilion ringgit di kawasan Lembah Klang serta sekitarnya

“Namun, kenapa masalah kesesakan tetap tidak selesai? Jawapannya mudah, kerana kita tidak menyelesaikan masalah pokok isu ini.



“Isu utama kita ialah terlalu terpusat di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan ini sangat tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berpandangan, membina bandar-bandar baharu sebagai pusat aktiviti ekonomi negara diyakini mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, keadaan itu diyakini dapat membantu supaya kepadatan penduduk di bandar besar dibahagi atau disebarkan secara lebih sekata.

“Langkah jangka masa panjang ini amat penting untuk dilaksanakan sebelum kita berbicara berkenaan polisi penggunaan kenderaan, perancangan bandar.



“Selain meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam, mengenakan tol khusus pada waktu-waktu puncak dan pelbagai strategi lain,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker