Penerbangan pertama haji pertama negara 19 Jun

JOHOR BAHRU, 27 Syawal 1443H, Sabtu – Seramai 1,246 jemaah haji di Johor akan berlepas ke tanah suci bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu musim ini, dengan penerbangan pertama melibatkan seramai 160 individu pada 19 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Khalid berkata secara keseluruhannya, di Johor akan melibatkan enam penerbangan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Bagi penerbangan pertama pada 19 Jun depan adalah seawal pukul 4.30 petang,” katanya pada sidang media selepas Penutup Program Kursus Perdana Haji peringkat negeri, di sini hari ini.

Sementara itu Mohd Fared berkata Tabung Haji (TH) pada masa sama, sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin membuat permohonan rayuan haji, namun ia tertakluk kepada budi bicara kerajaan Arab Saudi sekiranya kuota tambahan diberikan.

Beliau berkata Malaysia pada musim ini diberikan kuota 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa.

“Daripada 31,000 kuota biasa, Malaysia kali ini dapat 14,306 dan sudah pasti kuota untuk Johor jauh surutnya, dan kita mahu orang awam faham kesulitan yang kita hadapi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad baru-baru ini berkata Malaysia masih menunggu keputusan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker