Dakwaan Dadah Terhadap Anak Pelakon Shah Rukh Khan Digugurkan

Dakwaan Dadah Terhadap Anak Pelakon Shah Rukh Khan Digugurkan

Agensi antidadah India menggugurkan pertuduhan terhadap anak lelaki aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan berhubung kes dadah, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Aryan Khan, 24, ditahan pada Oktober tahun lalu kerana didakwa menggunakan dadah semasa menghadiri sebuah parti.

Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwanya di bawah undang-undang berkaitan pemilikan, penggunaan dan penjualan bahan terlarang.



Bagaimanapun, NCB semalam menggugurkan pertuduhan kes dengan menyatakan, tiada dadah ditemui pada Aryan.

Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu menamakan 14 tertuduh dalam kes berkaitan tetapi menggugurkan enam yang lain termasuk Aryan kerana kekurangan bukti.

Pegawai dan anggota NCB menyerbu sebuah kapal persiaran pada 2 Oktober tahun lalu setelah dimaklumkan bahawa terdapat dadah di dalamnya.



Dia adalah antara beberapa orang yang ditangkap dalam kes itu dan menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di dalam penjara sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Kes itu mendominasi tajuk utama dan perbualan di media sosial India kerana NCB mendakwa Aryan Khan adalah penagih dadah dan juga membekalkan dadah yang diseludup. – Agensi

Dakwaan Dadah Terhadap Anak Pelakon Shah Rukh Khan Digugurkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’



Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker