Batu Menyerupai E.T Popular Di Brazil Jadi Tarikan Pelancong

Batu Menyerupai E.T Popular Di Brazil Jadi Tarikan Pelancong

BRASILIA, Brazil – Sebuah bongkah batu besar menyerupai watak utama filem sains fiksyen, E.T. The Extra-Terrestrial menjadi tarikan pelancong selepas ditemui di sebuah ladang terpencil di Brazil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Batu gergasi setinggi 6.09 meter itu mempunyai corak rekahan yang menyebabkan ia kelihatan hampir sama seperti wajah makhluk asing  daripada filem klasik berkenaan karya Stephen Spielberg. Filem itu popular sekitar tahun 1980-an.

Bongkah batu itu terletak di sebuah ladang di negeri Roraima yang dimiliki oleh pengarah Jabatan Alam Sekitar Sao Luiz, Miguel Barreto.

Barreto menemui batu itu selepas kebakaran yang berlaku pada 2002 dan merebak ke seluruh ladang itu.

“Saya melihat kawasan yang terbakar dan tidak memberikan banyak perhatian. Namun apabila melihatnya sekali lagi, saya terkejut kerana bongkah batu itu kelihatan seperti ET,” katanya kepada saluran berita Brazil, G1.

Sejak itu, bongkah tersebut mula menjadi terkenal dalam kalangan penduduk luar bandar. Batu itu telah diiktiraf sebagai Landskap Semula Jadi oleh Jabatan Pelancongan dan Alam Sekitar bandar itu pada tahun lalu.

Batu Menyerupai E.T Popular Di Brazil Jadi Tarikan Pelancong

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker