Kemalangan maut Genting Highlands, mangsa yang terselamat masih trauma

Pertubuhan Yayasan Buddha Tzu Chi dilihat setia memberikan sokongan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands petang semalam

Salah seorang daripada tiga sukarelawan dikenali sebagai Ong, 48, berkata, mereka berada sejak pukul 7 malam di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur bagi membantu keluarga mangsa.

“Kami datang setelah mendengar khabar berita menyayat hati itu. Buat masa sekarang, apa yang saya tahu ada empat mangsa masih lagi sedang dirawat.

“Tadi ada tanya keluarga mangsa bantuan apa yang mereka perlukan, tetapi mereka tidak cakap sangat, mungkin kerana masih trauma,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Tambahnya, kesemua mangsa dipercayai berasal dari Kulim, Kedah dan mengadakan rombongan bersama rakan-rakan ke Genting Highlands.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tujuh maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian yang terjadi kira-kira pukul 1.15 petang melibatkan 15 orang penumpang yang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker