Sudah 10 tahun kedai Pak Karim jual Menu Rahmah RM5

Sudah 10 tahun kedai Pak Karim jual Menu Rahmah RM5

PONTIAN – Sebuah kedai makan perpaduan atau juga dikenali kedai Pak Karim, sudah lama mengamalkan Menu Rahmah sejak 10 tahun lalu dengan menawarkan makanan tengah hari dengan harga RM5.

Kini perniagaan tersebut diuruskan oleh anak menantunya, Sipon Sawab, 60, dan isterinya, Mazlizah A.Karim, 56, bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah serta pekerja kilang berhampiran.



Katanya, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memperkenalkan Menu Rahmah, kedai makan di premisnya telah memulakan lebih awal pada tahun 2013 lalu.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 30 ekor ayam dan 20 ki­logram (kg) nasi dimasak de­ngan bantuan tiga orang anak­nya dan mula dijual kepada orang ramai pada pukul 10.30 pagi hingga habis.

“Alhamdulillah, jualan saya biasanya akan habis pada pukul 2 petang dibeli oleh pelanggan dari pelbagai lapisan umur yang datang serta pekerja kilang di hadapan restoran ini pada setiap hari.

“Ada 15 menu pelbagai jenis lauk-pauk seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, boleh pilih sahaja bersama nasi dengan harga­ RM5 sepinggan atau sebungkus, ramai tak percaya dengan harga kami,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Rimba Terjun, di sini.




Baca Artikel Menarik:


Tambah Sipon, dia hanya meneruskan perniagaan yang telah diusahakan oleh bapa mertua­nya, A. Karim Belohik, 76, yang menjual pelbagai jenis harga makanan dengan harga rendah.

“Saya dan isteri serta anak-anak menyambung legasi yang dimulakan bapa mertua saya bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah mendapatkan makanan berdasarkan kemampuan mereka,” ujarnya.

Menurut Sipon, sebelum men­jual makanan tengah hari, kedai makan perpaduan juga menjual sarapan seperti nasi lemak, mee goreng, lontong, mee goreng, minuman setiap pagi.

Ditanya bagaimana dia mendapat untung melalui harga jualan sedemikian, katanya, biarlah sedikit walau 50 sen tetapi jika ramai datang membeli, tentu ada rezeki kepada kedai makannya. K Online



Sudah 10 tahun kedai Pak Karim jual Menu Rahmah RM5


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol



Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker