Ustaz Wadi Annuar hanya baca doa, tak makan pun di kenduri Janna Nick

Ustaz Wadi Annuar hanya baca doa, tak makan pun di kenduri Janna Nick

Berada dalam majlis pernikahan seorang artis dan mendapat reaksi tidak menyenangkan, pendakwah bebas Wadi Annuar Ayub berkata dia meninggalkan tempat itu tanpa menunggu jadual untuknya berakhir.

Terkait dengan kontroversi apabila menjadi sebahagian daripada tetamu majlis perkahwinan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzman di Langkawi baru-baru ini, Wadi Annuar berkata dia hanya menyempurnakan tugasnya sebagai pembaca doa.

Pada masa sama dia juga melunaskan kewajiban memenuhi jemputan bagi meraikan pasangan terbabit – yang diadakan pada 19 Mei lalu – sebelum beredar dari situ.

“Saya dijemput untuk menghadiri dan membaca doa, tapi sewaktu saya sampai di situ, pengantin masih belum tiba.

“Saya pun belum tengok pengantin lelaki dan perempuan pada hari itu kerana kami dibawa untuk duduk di satu tempat.

“Kemudian saya baca doa. Pada ketika itu pengantin masih belum tiba. Namun, selepas beberapa minit, baru diumumkan ketibaan pengantin.

“Selepas melihat pengantin, saya beritahu PA (pembantu peribadi): ‘Kita kena balik sat gi, ustaz tak dapat nak teruskan majlis.’

“Saya ambil keputusan untuk tak makan, tak bergambar dan tak bersama tentatif hingga akhir majlis,” katanya melalui siaran langsung di media sosial hari ini.

Menurut Wadi Annuar dia meminta izin untuk beredar dari situ selepas pasangan pengantin terbabit usai memberikan ucapan.

“Saya tak tahu apa akan berlaku, dan kami memang balik. Hal ini boleh ditanyakan (untuk pengesahan) pada penganjur,” katanya.

Terdahulu, kehadiran personaliti itu dalam majlis resepsi berkenaan mengundang polemik dalam kalangan pengguna alam maya serta tidak kurang juga meraih perhatian segelintir agamawan yang lain.

Mereka malah berpendapat personaliti yang pernah terbabit dalam kontroversi dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis itu tidak patut menghadiri majlis meraikan pengantin berkenaan.

Selain pengantin yang tidak menutup aurat, majlis tersebut juga disifatkan meniru budaya Barat.

Kata Wadi Annuar pendekatan yang diambilnya adalah berpatutan kerana ia tidak mendatangkan aib kepada penganjur majlis berkenaan, selain apa yang disarankan Islam.

“Kita tak memalukan orang, tak menimbulkan persepsi negatif, tak menjatuhkan tuduhan dan fitnah kepada orang.

“Hukum tetap hukum tapi pada masa sama kita tak mahu mengeruhkan keadaan.

“Alhamdulillah situasi tenang, pengantin pun OK,” katanya. Mk

Ustaz Wadi Annuar hanya baca doa, tak makan pun di kenduri Janna Nick

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker