‘Baby Ken’ nyaris maut jalani pembedahan besarkan punggung
WASHINGTON – Seorang lelaki yang digelar ‘Baby Ken’ hampir meninggal dunia pada 2021 selepas membelanjakan kira-kira AS$117,000 (RM502,983) untuk rawatan ‘punggung Brazil’ di pasaran gelap Brazil, lapor akhbar New York Post semalam.
Tyler Dyvig, 24, yang berasal dari New York berkata, dia menjalani pembedahan kosmetik pertama pada usia 15 tahun dan sejak itu, mula selesa dihiris pisau bedah. Dia telah menjalani pembedahan membesarkan dada, implan bisep dan pemindahan rambut.
“Saya memutuskan untuk membeli di pasaran gelap kerana tidak mempunyai lemak yang cukup untuk mendapatkan punggung Brazil, selain tidak mahu implan kerana ia tidak asli,” katanya kepada laman Jam Press.
Menurut Dyvig, apabila dia menerima rawatan yang menelan kos AS$1,500 (RM6,4480) untuk setiap sesi, ia kelihatan seperti pembedahan rutin.
“Suntikan itu dilakukan oleh seorang jururawat di apartmennya, di mana anda akan dibawa ke bilik belakang yang mempunyai banyak botol bertutup. Semua alatan kelihatan selamat dan jururawat itu mendakwa ia telah digunakan selama bertahun-tahun,” katanya.
Walaupun mendapat jaminan oleh jururawat, keadaan Dyvig tidak berjalan seperti yang dirancang.
“Untuk minggu pertama, saya baik-baik sahaja. Tetapi kemudian saya mengalami gejala aneh di mana saya berasa lemah, pening dan sesak nafas.
“Saya tidak fikir apa-apa sehingga saya mengalami sakit dada yang teruk dan menyedari kadar denyutan jantung saya sangat laju. Tiga jam kemudian, pertuturan saya menjadi terganggu dan saya terus pitam. Saya fikir saya mengalami strok,” kata Dyvig.
Dyvig dikejarkan ke hospital dan didiagnosis mengalami sindrom takikardia ortostatik postural gangguan autoimun yang menyebabkan jantung berdegup cepat dalam pelbagai keadaan.
Dia dinasihatkan oleh beberapa pakar bedah plastik untuk mengekalkan suntikan silikon di dalam badannya kerana ia berisiko meracuni aliran darahnya jika dikeluarkan.
Dyvig juga berkata, prosedur tidak berkelulusan itu menyebabkan dia menjadi lesu dan mengasingkan diri daripada rakan-rakannya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin PAS dikecam samakan wanita dengan barang
- Pemandu forklift menang BMW
- Aktres Penyondol Hasut Suami Rampas Harta & Ceraikan Isteri Pertama?
- Saya harap Syamsul akan kembali – Yusof Haslam
- ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’
- Perhimpunan JPM selesa, penjawat awam tidak perlu berdiri bawah panas
- Dr Akmal umum tanding Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Bahagian Jasin
- Khairy gagal mendapat sokongan orang muda semasa menjadi KP
- Lelaki Indonesia Ini Sekolahkan Netizen Indon Yang Tak Tahu Kewujudan Suku Melayu Di Indonesia
- 3 ADUN Warisan keluar parti
- 8 Hadis Palsu Berkaitan Bulan Rejab Yang Sering Dikongsikan
- Permohonan UPUOnline ke Univeristi Awam dan Politeknik dibuka mulai esok
- Khidmat Naib Canselor UUM dipendekkan kerana aduan oleh penyarah dan lembaga pengarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan
Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang