6 maut, van persiaran terbabas di Genting Highlands

6 maut, van persiaran terbabas di Genting Highlands

Enam maut, manakala lapan lagi cedera apabila van persiaran dinaiki mereka terbabas di KM4.8 Jalan Genting Highlands.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari tadi membabitkan 12 wanita dan dua lelaki.



Komander Operasi, Saufi Zakaria berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kemalangan selepas dimaklumkan mengenai nahas itu.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan ‘rescue tools’ sebelum mangsa cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan China Press, van itu yang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan. FMT



6 maut, van persiaran terbabas di Genting Highlands

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya



Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker