Leno muncul wira Fulham aibkan Man United
Leno muncul wira Fulham aibkan Man United

Manchester: Penjaga gol Fulham, Bernd Leno muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika mereka menewaskan juara bertahan Piala FA, Manchester United, 4-3 menerusi penentuan penalti untuk memastikan tempat di suku akhir, awal pagi tadi.
Perlawanan pusingan kelima di Old Trafford itu agak dramatik dan berakhir 1-1 selepas masa tambahan.
Perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti selepas Bruno Fernandes menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua, susulan gol pembukaan Calvin Bassey untuk Fulham pada masa kecederaan babak pertama.
Selepas masa tambahan tanpa jaringan, Leno menyelamatkan sepakan penalti Victor Lindelof, meninggalkan Joshua Zirkzee dengan tugas untuk menyempurnakan sepakan bagi mengekalkan harapan United.
Namun, dia melepaskan rembatan terus ke arah Leno, sekali gus mencetuskan kegembiraan luar biasa dalam kem Fulham.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Raul Jimenez, Sander Berge, Willian, dan Antonee Robinson menyempurnakan penalti mereka untuk Fulham, yang kini akan berdepan Crystal Palace di suku akhir.
Fulham memanfaatkan kelalaian pertahanan United daripada sepakan sudut Andreas Pereira untuk membuka jaringan beberapa saat sebelum rehat, dengan Rodrigo Muniz menanduk bola kepada Bassey, yang kemudian menanduk masuk dalam penampilan pertamanya di Piala FA.
Fernandes menyamakan kedudukan pada minit ke-71 apabila Diogo Dalot melakukan hantaran ke belakang dari sebelah kiri, membolehkan kapten United itu melepaskan rembatan kaki kiri dari dalam kotak penalti yang melepasi dua pertahanan Fulham serta Leno sebelum bola menerjah ke sudut jauh gawang, membawa perlawanan ke masa tambahan.
“Luar biasa,” kata Leno sambil tersenyum kepada BBC.
“Saya rasa kami layak menang selepas 90 minit. Sudah tentu, penalti kadang-kadang seperti loteri dan nasib menyebelahi kami. Jurulatih penjaga gol memberi saya maklumat, tetapi saya lebih bergantung pada naluri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Saya tersilap arah tiga kali, tetapi kredit kepada pengambil penalti kami kerana ia bukan tugas mudah. Prestasi yang cemerlang daripada semua pemain.”
United yang menjuarai Piala FA sebanyak 13 kali, menewaskan Manchester City tahun lalu selepas tewas kepada pasukan sama dalam final 2023.
Namun, pasukan kendalian Ruben Amorim bergelut dengan prestasi teruk pada musim ini apabila terperosok di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL), lima anak tangga di bawah Fulham.
Fulham mara ke satu-satunya final Piala FA mereka pada 1975, apabila mereka tewas 0-2 kepada West Ham United.
Leno mengakui ingin melihat pasukannya kembali ke Wembley untuk perlawanan akhir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
“Dua tahun lalu, kami tewas di sini pada suku akhir (kepada Manchester United) dan kini kami berada di suku akhir sekali lagi,” katanya.
“Kami mahu ke Wembley, 100 peratus.”
Pengurus Fulham, Marco Silva, berkata pasukannya sepatutnya menang dalam tempoh permainan biasa.
“Saya rasa kami adalah pasukan terbaik di atas padang. Pasukan kami menguasai bola dan mendominasi permainan,” katanya.
“Kami layak berada di peringkat seterusnya.”
Leno muncul wira Fulham aibkan Man United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.