Saintis China mengklon ‘lembu super’

Saintis China mengklon ‘lembu super’

BEIJING: Penyelidik China berjaya mengklon tiga ‘lembu super’ yang berupaya menghasilkan 18,000 liter susu setiap tahun dan lebih 100,000 liter susu sepanjang hidup haiwan itu.

Dengan inovasi itu, ia dapat membantu mengurangkan kebergantungan republik itu terhadap import produk tenusu.

Menurut seorang pakar terbabit dengan eksperimen itu, walaupun lembu berkenaan diklon, susu yang dihasilkan tiada beza dengan lembu asal.

Jelasnya, sebaik anak lembu yang diklon mencapai umur dua tahun, haiwan itu boleh mula menghasilkan susu untuk pasaran.

Untuk mengklon haiwan itu, saintis dari Universiti Sains, Teknologi Pertanian dan Perhutanan Northwest mengambil sel somatik dari telinga lembu baka Holstein Frisian Belanda.

Berdasarkan kenyataan daripada universiti terbabit, baka lembu berkenaan sangat produktif dan dijadikan lembu pengganti.

Teknik yang dikenali sebagai pemindahan nuklear sel somatik adalah sama digunakan untuk mencipta kambing biri-biri Dolly pada 1996, mamalia klon pertama dunia.

Tiga anak lembu itu dilahirkan di bandar Lingwu, wilayah autonomi Ningxia Hui.

Anak lembu pertama dilahirkan pada 30 Disember lalu melalui kaedah pembedahan mempunyai berat 56.7 kilogram (kg) dan berkongsi bentuk dan corak sama seperti lembu yang diklonkan.

Selepas mencapai kematangan, lembu klon itu dijangka dapat menghasilkan sebanyak 18,000 liter susu setahun.

Sebagai perbandingan, purata lembu di Amerika Syarikat (AS) menghasilkan sekitar 12,000 liter susu setiap tahun berdasarkan data Jabatan Pertanian AS.

Mengulas lanjut, ketua saintis projek itu, Jin Yaping, berkata pengklonan ‘lembu super’ membolehkan China memelihara lembu baka tenusu terbaik selain dapat mengelakkan risiko biosekuriti hasil kegiatan mengimport lembu hidup dari negara lain.

“Kami merancang menternak 1,000 lembu super dalam masa dua hingga tiga tahun. Ini akan memberikan kunci sokongan utama dalam menghasilkan lembu ternakan sendiri dan lembu tenusu, sekali gus mengurangkan kebergantungan China terhadap pengimportan lembu,” katanya sambil menjelaskan republik itu mengimport kira-kira 70 peratus lembu tenusu. BH

Saintis China mengklon ‘lembu super’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker