Mekanik jumpa bayi bawah pangkin tepi rumah [VIDEO]
Seorang mekanik tidak menyangka menemukan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di bawah pangkin di tepi rumahnya di tingkat bawah Perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai di sini pada petang Ahad.
Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, dia mendengar bunyi tangisan bayi sebaik tiba di rumah selepas pulang dari bekerja kira-kira jam 6 petang.
Menurutnya, ketika itu dia ke dapur untuk minum air selepas mengambil anaknya, Nor Aisy Alana, yang berusia sembilan bulan dari rumah ibu mentuanya yang juga berada di perumahan itu.
“Mula-mula saya sangka bunyi tangisan bayi itu datang dari rumah jiran berdekatan, namun hairan sebab bunyi itu terlalu dekat seolah-olah di sebalik pintu dapur rumah.
“Sebaik ke dapur untuk minum air, bunyi tangisan semakin kuat. Saya pun segera jenguk ke pangkin di tepi rumah dan terperanjat apabila melihat seorang bayi berada di bawah pangkin itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Ahad.
Menurut Ahmad Fauzi, dia segera memberitahu isterinya, Nor Azlyn Rosli, 28, yang ketika itu berada di rumah ibu mentuanya di tingkat satu di perumahan berkenaan.
Jelasnya, ibu mentuanya segera menelefon pihak berkuasa yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, bayi tersebut dianggarkan berusia seminggu berdasarkan keadaan tali pusatnya yang semakin mengering.
“Waktu ditemui bayi itu dalam keadaan baik dengan rambut disikat, namun hanya memakai lampin pakai buang dan terdapat kain batik.
“Mungkin disebabkan bayi itu bergerak kain itu terlondeh sedikit dan ketika saya jumpa badannya tidak berbalut,” ujarnya.
Tambah Ahmad Fauzi, bayi tersebut telah dibawa oleh pihak polis ke hospital untuk diberikan rawatan dan siasatan lanjut.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pulangan KWSP mungkin rendah
- ‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’
- Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua
- Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis
- Polis minta bantuan orang ramai kesan patung Shrek
- Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan
- Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’
- Fizo Omar jawab Mawar
- Anwar terperanjat dihidang nasi Arab dalam dulang besar – Hassan
- Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal
- Dakwaan sokongan kepada Shahrizat hanya sekadar pecah belah Wanita UMNO
- Ismail Sabri ‘berbunyi’ lagi, pecat KJ adalah isyarat salah pada anak muda
- Lelaki transgender tunjuk zakar depan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan