Dell buang 6,650 pekerja

Dell buang 6,650 pekerja

Dell Technologies Inc akan memberhentikan kira-kira 6,650 pekerja, atau kira-kira lima peratus daripada tenaga kerja global gergasi teknologi dunia itu, lapor Bloomberg.

Sektor teknologi berdepan pemberhentian pekerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk syarikat pesaing Dell.

HP Inc, yang turut terdedah kepada pasaran komputer peribadi (PC), pada November lalu mengumumkan pengurangan sehingga 6,000 pekerja.

Cisco Systems Inc dan International Business Machines Corp (IBM) masing-masing mengumumkan akan memberhentikan kira-kira 4,000 pekerja.

Sektor teknologi mengumumkan pemberhentian 97,171 pekerja pada 2022, meningkat 649 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut firma perunding Challenger, Gray & Christmas Inc. BH

Dell buang 6,650 pekerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker