Pemilihan UMNO: Semua orang boleh bertanding, kalau tak suka jangan beri undi

PETALING JAYA: Akar umbi Wanita Umno tidak perlu mendesak mana-mana pemimpinnya berundur, sebaliknya mereka boleh bertindak tidak mengundi individu tidak disukai dalam pemilihan parti, kata Naib Presidennya, Mohamed Khaled Nordin.

Ketua Umno Johor itu berkata, semua individu yang layak berhak bertanding dalam pemilihan parti dibuat secara terbuka, manakala ahli pula berhak tidak mengundi calon tidak disukai mereka.

“Saya percaya tidak perlu tergesa-gesa (gesa berundur) sebab tidak lama lagi ada pemilihan, jadi jika kita tidak suka, tak perlu undi,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau mengulas gesaan untuk Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad berundur dan tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti bulan depan.

Pemilihan Umno bermula di peringkat cawangan dari 1 hingga 26 Feb ini, manakala peringkat bahagian dan pusat tiga sayap pada 11 Mac dan Umno bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi pada 18 Mac nanti.

Jumaat lalu, FMT melaporkan Shahrizat Jalil dikatakan bakal kembali ke gelanggang dan menjadi pesaing Noraini yang akan mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno.

Sumber dilaporkan berkata, hasrat Shahrizat kembali menerajui Wanita Umno disuarakan akar umbi kerana sayap penting dalam parti itu dikatakan semakin “lemah dan lesu”.

Kelmarin, Ketua Wanita Umno Kota Melaka, Haryaty Hamdzah dilaporkan mendakwa 147 ketua bahagian sayap itu mahu Shahrizat kembali menerajui Wanita Umno.

Katanya, gesaan itu disuarakan dalam pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini dan sokongan itu berdasarkan banyak kejayaan dicapainya ketika menjadi menteri wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam pada itu, Khaled enggan mendedahkan jika beliau akan mempertahankan jawatan ketua Umno Pasir Gudang atau berpindah ke Kota Tinggi memandangkan beliau kini Ahli Parlimen Kota Tinggi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker