Anwar bidas Muhyiddin, jika benar bersih kenapa perlu takut siasatan SPRM

Parti politik yang bebas daripada rasuah tidak perlu gentar dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, ketika akaun Umno dibekukan, bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin turut menyokong langkah itu.

“Muhyiddin malah memuji profesionalisme SPRM,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Turut hadir Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar mengulangi kerajaan tidak berhasrat “campur tangan dengan proses itu”.

“Kalau bersih usah takut, semua (parti politik perlu) war-war, kita ini parti bersih, wujudkan kerajaan bersih.”

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan akaun Bersatu dibekukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Difahamkan, pembekuan akaun Bersatu itu ada kaitan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata parti itu akan menghantar surat kepada SPRM memohon pembekuan akaunnya dibatalkan.

Muhyiddin berkata, SPRM perlu membatalkan pembekuan serta-merta jika tidak menemui sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna kuasa semasa menyemak akaun parti.

Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata parti itu menerima sumbangan besar daripada entiti korporat dan p

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker