3 ADUN lompat lagi, keluar Warisan sokong Hajiji

Tangkap layar video pengumuman keluar Warisan dan menyokong pentadbiran Hajiji Noor di Sabah oleh Mohammad Mohamarin (kiri); Norazlina Arif; dan Chong Chen Bing.

PETALING JAYA: Tiga Adun Warisan mengumumkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong pentadbiran Hajiji Noor di Sabah.

Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), dan Norazlina Arif (Kunak) berkata keputusan ini dibuat selepas “mengambil kira halatuju gabungan parti” dan “pandangan akar umbi” Warisan di kawasan masing-masing.

Ketiga-tiga Adun ini berharap sokongan kepada kerajaan perpaduan di Sabah akan membolehkan mereka meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang diwakili.

“Sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Mereka juga mengucapkan terima kasih dan maaf kepada penyokong Warisan, dan mahu bekerjasama dengan pemerintah untuk pembangunan Sabah dan memberi khidmat di kawasan masing-masing.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker