Abdul Rahman kembali terajui PNB

Abdul Rahman kembali terajui PNB

KUALA LUMPUR – Datuk Abdul Rahman Ahmad akan kembali sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), berkuat kuasa 1 Julai 2024.

Beliau pernah menjawat jawatan itu dari tahun 2016 hingga 2019 dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.



Pelantikan Abdul Rahman diumumkan oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) yang memiliki PNB.

Abdul Rahman ketika ini adalah etua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad, dan telah berkhidmat sejak tahun 2020.

Beliau membawa bersama pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat, termasuk Malaysian Resources Corporation Berhad, Media Prima Berhad dan Ekuiti Nasional Berhad.

“Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan kepulangan Datuk Abdul Rahman dalam menyediakan kesinambungan dan memacu pelaksanaan Pelan Strategik PNB yang baru dibangunkan serta membantu melaksanakan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” kata PNB. MG



Abdul Rahman kembali terajui PNB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker