Badrul sangat baik, wajah jenazah tak lekang senyuman’ – isteri Badrul

Biarpun mahligai dibina bersama Allahyarham Badrul Muhayat, 55, hanya enam bulan, namun tempoh itu disifatkan satu pinjaman paling berharga dan tiada tolok gantinya buat isterinya, Norhayati Zulkapli, 50.

Sah dengan ikatan suami isteri pada 18 April lalu, Norhayati berkata, Allah mengurniakan suami yang sangat baik untuknya, pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Norhayati berkata, arwah juga tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan orang di sekelilingnya.



“Arwah jumpa orang sentiasa doakan dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan hanya doa yang baik-baik sahaja

“Bagi saya, arwah adalah insan paling terbaik yang dipinjamkan Allah kepada saya dan tiada tolok gantinya.

“Semasa melihat jenazahnya, saya juga tahu arwah seorang yang baik kerana tidak lekang dengan senyuman, seolah-olah sedang tidur,” katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.

Menceritakan detik kejadian pemergian arwah suaminya, Norhayati berkata, dia tidak menyangka kejutan kali kedua bermakna dia bercakap dengan orang yang sudah tidak bernyawa.



“Mulanya, saya kejut jam 7.30 pagi, tetapi arwah cakap nak rehat sekejap sebab penat. Namun, kali kedua sekitar jam 10.50 pagi iaitu selepas tiga jam saya kejut arwah sekali lagi.

“Masa itu, saya pelik kenapa badan arwah ada tompok darah, saya pegang dahinya sejuk dan tengok tangannya kelihatan warna hitam. Saya tidak sedap hati, lalu menjerit meminta pertolongan Zazly Baginda dan isterinya, Aida Aris yang menyewa sekali di inap desa.

“Mereka menghubungi hospital, sebelum ada kakitangan datang membuat teknik bantuan asas hayat (CPR) selama 30 minit, kemudian memaklumkan suami tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Jelasnya, dia dan arwah ke Pulau Pinang untuk menyertai karnival anjuran UDA Holdings Bhd (UDA) di Jalan Baru, Perai, bermula semalam.



“Selepas selesai karnival ini, esok, kami bercadang untuk ke Kulim, Kedah termasuk Perlis untuk bercuti, tetapi tak sangka sebaliknya berlaku.

“Bagaimanapun, saya reda dengan takdir ini dan mahu urusan pengebumian arwah dipercepatkan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Badrul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker