Alexander terkejut peruntukan Ahli Parlimen dipotong

Alexander terkejut peruntukan Ahli Parlimen dipotong

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan keputusan kerajaan memotong peruntukan pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta sebagai agak mengejutkan.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, kawasan yang diwakilinya itu terletak jauh di pedalaman dengan cabaran geografi dan luas kawasan menyamai keluasan Pahang.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya memberitahu, sudah tentu peruntukan itu tidak mencukupi dan akan memberi cabaran yang lebih besar kepadanya dalam mengurus tadbir kepelbagaian keperluan penduduk dan penambahbaikan infrastruktur di kawasan yang amat diperlukan oleh rakyat.

“Kebanyakan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Sarawak juga berada jauh di pedalaman yang tentunya amat bergantung kepada peruntukan ini.

“Peruntukan sebelum ini banyak membantu Ahli Parlimen untuk membantu penduduk secara lebih efisien dengan bantuan dapat disalurkan secara langsung dan pantas tanpa perlu melalui pelbagai proses di peringkat pejabat daerah dan jabatan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Alexander menambah, peruntukan tersebut yang disalurkan ke pusat khidmat juga menjadi pusat sehenti bagi disalurkan kepada penduduk di kawasan yang memerlukan bantuan dengan kadar segera.

Menurut beliau, peruntukan itu tidak terhad kepada penduduk di kawasan pedalaman, malah ia juga besar manfaatnya kepada penduduk bandar dan pinggir bandar.

“Bukan sahaja golongan B40 dan ke bawah, malah golongan M40 yang turut terjejas akibat kelembapan ekonomi dan bergantung kepada bantuan daripada wakil rakyat juga dapat dibantu melalui peruntukan ini,” jelasnya.

Alexander berkata, pengurangan kadar peruntukan itu akan menjejaskan kualiti khidmat dan bantuan kerajaan yang dapat disalurkan oleh wakil rakyat dan atas dasar itu, kerajaan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi menangani kekangan ini.

“Meskipun saya merasa sedikit terkilan, namun saya terpaksa menerima ketetapan ini dan berharap peruntukan ini akan dipertingkatkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“Ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memastikan rakyat dapat dibantu dengan sebaiknya selari dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya.

Sebagai Ahli Parlimen dan menteri Kabinet, Alexander menyatakan, beliau amat memahami dasar tindakan ini yang terpaksa diambil sebagai langkah penjimatan kewangan negara. MG

Alexander terkejut peruntukan Ahli Parlimen dipotong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker